back

Friday, February 1, 2013

utk sahabat.. :)


salam sahabat!! 
hadir dikau bak mutiara y sntiasa bersinar..
tp aku y lmas dlm lautan kaca.. alpa dan leka... 
aku jatuh kau bangun kan... aku leka kau semat kn kate2 smgt ni..
moga ukhwah kite smpai jannah!!
"ini la bait2 mu y mguatkn hati ni!! "
jujur, ana ingin berada disisimu..
tapi ana tidak mampu..
mungkin bait2 ini mampu mengubat keluh kesah jiwamu.. 
Telah kukatakan berkali-kali padamu...
bahawa hidup ini adalah sebuah cerita yang di dalamnya ada pelbagai rencah...
suka, duka, tangis, tawa, kejayaan..
hatta kekalahan dan kegagalan juga adalah antara warna yang mencorakkan hidup ini...
Kerana seperti yang aku katakan dulu padamu...
bahawa hidup ini bukan sebuah ceritera dongeng mengenai yang indah-indah sahaja...
Saat engkau terasa hidup ini payah..percayalah padaku bahawa itulah hidup...
Saat engkau terasa hidup ini sukar...dengarlah padaku bahawa itulah hidup...
Saat engkau terasa begitu banyak cabaran dan dugaan yang harus kau tempuh...
aku harap kau masih ingat pesananku...
itulah hidup...
Tetapi...
Setelah begitu banyaknya pesanan kutitipkan padamu...
aku menjadi hairan sendiri kerana engkau masih lagi menangis mengira nasib hidupmu...
Setelah begitu banyaknya nasihat ku berikan padamu...
aku menjadi hairan sendiri saat engkau terus-terusan mengira ujian dan kepayahan hidupmu...
Setelah begitu banyaknya cerita tentang hidup kuceritakan padamu...
aku menjadi hairan sendiri bahawa engkau masih tidak mengerti apa itu hidup...
Ingin aku ulang untuk kesekian kalinya...yang payah-payah itulah hidup...
Dan telah kukatakan padamu bahawa...
Engkau punya pilihan...
Menjadikan dugaan itu sebagai sesuatu yang membakar semangatmu untuk lebih berjuang...
atau...
engkau akhirnya tunduk..
.kaku..
.menjadi batu...
lemah lesu..
.dan terus matikan langkah di situ..
Engkau punya pilihan...
Mencari jalan mengatasi ujian dan cabaran hidupmu...
atau...
memilih untuk terus duduk mengira nasib dan takdir...
dan terus tidak melangkah ke depan lagi...
dan...
aku masih hairan sendiri kerana setelah begitu banyaknya nikmat yang Tuhan berikan..
sedikit ujian dariNya itulah yang engkau pertikaikan..
seolah-olah engkau terlalu sempurna dan tidak layak diberi dugaan...
dan aku beristighfar sendiri...
untuk kesekian kalinya...
kerana aku masih hairan lagi pada saat begitu banyaknya nikmat yang Tuhan berikan..
yang tidak pula engkau syukurkan..
yang masih dibilang-bilang adalah tentang hasratmu yang tidak Dia tunaikan...
dan aku terus hairan sendiri....
memikirkan betapa sukarnya mendamaikan engkau...
wahai HATI...
Cik hati..
jangan menuntut kesempurnaan diri..
tika engkau meletakkan aku dalam zon hampir mati..
cik hati..
jangan berpaling lagi..
tika engkau sedang menuju Illahi..
cik hati..
jangan memberontak lagi..
tika aku sedang menjinakkan engkau dengan yang hakiki..
Larilah dari zon sesakmu.
keluarlah dari belenggu nafsumu..
Hindarkan dari pautan duniawimu...
Keluarlah menuju Tuhanmu..
carilah DIA dalam jernih jiwamu..
Bukan dalam keruh rasamu...
kerna yang suci..
tetap suci.
dan takkan mampu bercampur dengan kotornya jahil..
Allah..
izinkan aku menjinakkan hati..
izinkan aku menderitakan nafsu..
izinkan aku mematikan maksiat itu..
Moga Allah tenangkan jiwa gundah gulanamu.. moga Allah peluk kamu erat2 sahabat.. 

No comments:

Post a Comment